Pencapaian Dr. Samhan

Dr. Samhan kini telah membantu seramai 60,000 orang lelaki sejak pembukaan HIM Clinic. HIM Clinic telah memainkan peranan penting dalam membantu beribu-ribu lelaki meningkatkan kesihatan seksual mereka. Data terkini menunjukkan bahawa 90% lelaki yang menerima rawatan dari Him Clinic melaporkan peningkatan yang ketara. Dr. Samhan juga menjadi perintis pertama di Malaysia untuk membangunkan platform telekesihatan yang berfokuskan kesihatan seksual lelaki. Beliau juga telah menerbitkan beberapa buah buku seperti:

  • Mera Nam Hai Samhan (2020)
  • Formula Kecemasan Untuk Si Kecil
  • Dr, Saya Nak Tahu (Edisi Otak & Jantung)(2022)
  • Sampai Menang (2023)
  • Bangkit Keras (2023)

Beliau juga sering menerima undangan daripada media terkemuka seperti TV3, Astro, NTV7, BERNAMA dan TV Alhijrah untuk memberikan perkongsian berkenaan ilmu kesihatan. Selain daripada undangan daripada media terkemuka, Dr. Samhan juga banyak dipetik oleh artikel untuk kepakaran kesihatan beliau seperti Awani , dan KOSMO  dan MalaysiaKini . Terkini, Dr. Samhan diterbitkan dalam suratkhabar Utusan Malaysia  dan Portal Relevan berkenaan topik kesihatan seksual lelaki. Beliau juga pernah dipanggil oleh Universiti Malaya untuk memberikan perkongsian berkenaan bagaimana untuk menggunakan media sosial untuk sebarkan kesedaran tentang kanser prostat.

Rujukan

WikiPedia: Dr. Samhan https://www.forhimclinic.com/ https://ohbulan.com/dr-samhan-seronok-kongsi-ilmu-... https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2023/08... https://my.linkedin.com/in/dr-samhan-8b921262 https://relevan.com.my/2023/12/28/3-5-juta-lelaki-... https://relevan.com.my/2023/12/28/padam-tabu-kesih... https://www.sinarharian.com.my/article/275178/beri... https://www.astroawani.com/gaya-hidup/apa-perlu-bu... https://www.astroawani.com/gaya-hidup/tangani-pend... https://www.kosmo.com.my/2022/07/15/kencing-berdir...